Saturday, 14 January 2012

crme brulee

Bahan-bahan:

1 liter Krim Putar
10 biji Telur Kuning
1 sudu besar Esen Vanila

Cara-cara penyediaan:

Masakkan krim putar bersama esen vanilla sehingga mendidih dan ketepikan.
Menggunakan teknik ‘Whisk’, pukul telur kuning dan gula sehingga sebati.
Semasa masih memukul (whisk) telur, tuangkan sedikit demi sedikit krim yang dimasak tadi.
Masukkan adunan kedalam bekas acuan dan masukkan kedalam ketuhar dan masak pada suhu 150°c selama 30 minit.
Setelah masak, biarkan ia sejuk pada suhu bilik, selama 10 minit.
Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 2 jam.
Setelah itu, keluarkan dan taburkan gula dengan rata di atasnya dan gunakan penunu bagas (blowtorch) untuk membakarnya menjadi gula hangus.
Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment