Bahan-bahan:
1 ketul Tuna (berukuran 4x1)
1 ketul Tuna (berukuran 3x2)
1 biji Avocado (dipotong dadu)
1 biji Jus Lemon
¼ cawan Wasabi
¼ cawan Ebiko (hitam, kuning, merah dan oren)
2 sudu besar Daun Shisho
½ cawan 'Mayonnaise'
¼ cawan Kicap Jepun
Secukup Rasa Gula
Cara-cara penyediaan:
Lenyekkan avocado dan perasakan dengan jus limau dan gula dan ratakan dengan hirisan tuna.
Kemudian, bahagikan tuna kepada dua bahagian. Salutkan satu bahagian dengan wasabi dan perisakan dengan garam.
Selepas itu, masakkan di atas kuali yang panas sehingga keperangan bagi setiap bahagian. Pastikan tidak terlebih masak. Potongkan kebada 3 bahagian.
Bagi penyediaan baki tuna yang dibahagi dua tadi, perapkan dengan jus lemon, kecap jepun dan gula.
Kemudian, apabila telah menyejat bahan perapan, potong kepada 3 bahagian.
Susun potongan tuna tadi di atas pinggan hidangan dan taburkan ebiko yang berlainan warna di atasnya.
Campurkan 'Mayonnaise' dan wasabi dan perasakan dengan jus lemon dan garam. Susunkan di atas pinggan hidangan tadi.
Hidangkan juga bersama campuran kicap dan jus lemon sebagai sos ponzu.
Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment