Bahan-bahan Sotong Sumbat:
1 ekor Sotong Besar (dibersihkan, dibuang kulit luar, kepak dan kepala)
4 ekor Udang Besar (dibuang kulit dan parut)
½ ulas Bawang Putih
½ batang Cili Merah
1 biji Kulit Limau Nipis (diparut)
2 sudu besar Sos Ikan (Nampla)
1 sudu besar Gula Melaka (diparut halus)
1 biji Jus limau Nipis
Cara-cara penyediaan Sotong Sumbat:
Kisarkan udang, bawang putih, kulit limau nipis dan cili merah.
Tambahkan sos ikan, gula melaka dan jus limau.
Sumbatkan kisaran udang ke dalam sotong dan tutupkan hujung sotong dengan lidi.
Bahan-bahan Renehan Santan Thai:
½ cawan Santan Kotak
1 cawan Air
4cm Lengkuas (dihiris kasar)
4cm Halia (dihiris kasar)
3 batang Serai (dititk)
8 helai Daun Llimau Purut
4 sudu besar Sos Ikan
2 sudu besar Gula Melaka
2 biji Jus Limau Nipis
1 tangkai Cili Padi Hijau
Cara-cara penyediaan Renehan Santan Thai:
Campurkan semua bahan renehan santan di dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih.
Apabila sudah mendidih, perlahankan api dan biarkan mereneh selama 15 minit.
Selepas itu, masukkan sotong sumbat dan masak selama 15 minit.
Selepas 15 minit, keluarkan sotong dan potong kepada beberapa hirisan setebal 1cm.
No comments:
Post a Comment