Saturday, 14 January 2012

bueger sayur salad

Bahan-bahan:
Kacang Pis Hijau - 1 cawan
Kacang Kuda - 1 cawan
Kacang Dal Kuning (Yellow Lentil) - 1 cawan
Bawang Merah (dicincang) - 3 sudu besar
Daun Pasli Segar (dicincang) - 2 sudu besar
Daun Sup (dicincang) - 2 sudu besar
Daun Ketumbar Segar (dicincang) - 2 sudu besar
Lada ‘Cayenne’
Kentang ‘Idaho’ - 3 biji
Cendawan ‘Potobello’ - 6 biji
Tomato (dicincang) - 2 biji
Telur - 3 biji
Minyak Neuvida
Bawang Putih - 2 ulas
Bawang Besar - 1 biji
Cuka ‘Malt’ - 2 sudu besar
Cili (dicincang halus) - 3 biji

Jus Tomato - ½ cawan
Dadih Asli - 1 cawan
Timun (dipotong dadu) - 1 biji
Lemon - 1 biji
Timun Jepun Kuning - 1 biji
Timun Jepung Hijau - 1 biji
Madu - 3 sudu besar
‘Mustard’ - 2 sudu kecil
Salad Campuran
Biji Jintan Putih (ditumbuk)
Biji Ketumbar
Garam dan Lada Sulah
Tepung Gandum
Tepung Beras

Cara-cara penyediaan ‘Vege Patty’:
Rebuskan ubi sekali dengan kulitnya sehingg empuk. Letakkan sedikit garam ke dalam.
Sejukkan ubi dan buangkan kulitnya. Bahagikan 3 ubi tersebut kepada 3 mangkuk berbeza.
Mangkuk pertama, letakkan kacang kuda. Letakkan garam dan lada hitam. Masukkan daun ketumbar dan 1 sudu bawang merah yang dipotong. Gaul sehingga rata dan pecahkan 1 telur ke dalam mangkuk.
Mangkuk kedua, letakkan Kacang Pis Hijau. Letakkan garam dan lada hitam. Masukkan daun sup dan 1 sudu bawang merah yang dipotong. Gaul sehingga rata dan pecahkan 1 telur ke dalam mangkuk.
Mangkuk ketiga, letakkan kacang dal. Letakkan garam dan lada hitam. Masukkan Daun Pasli dan 1 sudu bawang merah yang dipotong. Gaul sehingga rata dan pecahkan 1 telur ke dalam mangkuk.
Tips: Pastikan adunan pejal. Jika adunan lembik tambahkan ubi untuk pejalkan adunan
Bentukkan ketiga-tiga adunan sehingga menjadi bebola. Lenyek sehingga menjadi ‘Patty’. Tebal ½ inci dan diameter 2 inci.
Panaskan kuali dan tuangkan minyak sedikit.-(Pastikan api perlahan supaya patty masak)
Masukkan ‘Patties’ ke dalam kualidan masakkan patty selama 2 minit untuk setiap permukaan.
Angkatkan ‘Patties’ dan biarkan ketepi.
Terus masukkan cendawan Portobello ke dalam kuali dan gorengkan sekejap.
Angkat cendawan yang digoreng tadi dan masukkan ke dalam ketuhar selama 5 minit.


Cara-cara penyediaan Sos:
Sos pertama: Campurkan tomato, bawang besar, Cuka ‘Malt’, cili dan jus tomato ke dalam periuk. - (Pastikan api perlahan supaya sos masak)
Sos kedua: Masukkan Dadih Asli, timun yang dipotong dadu, garam, lada dan perahkan sedikit lemon ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati.
Sos ketiga:Campurkan ‘mustard’ dan madu ke dalam mangkuk. Tuangkan sedikit minyak neuvida ke dalam sos.


Cara-cara penyediaan Salad:
Perahkan sedikit lemon ke dalam salad campuran. Tuangkan sedikit minyak neuvida dan garam. Gaul sehingga sekata.


Hidangan Sampingan:
Potongkan Timun Jepun kuning dan hijau secara memanjang (batonnet cut).
Salutkan Timun Jepun dengan tepung gandung dan tepung beras. Kemudin debu kan dengan tepung biasa.
Seterusnya goreng Timun Jepun sehingga ranggup.

sotong sumbat renehan bersama santan ala thai

Bahan-bahan Sotong Sumbat:
1 ekor Sotong Besar (dibersihkan, dibuang kulit luar, kepak dan kepala)
4 ekor Udang Besar (dibuang kulit dan parut)
½ ulas Bawang Putih
½ batang Cili Merah
1 biji Kulit Limau Nipis (diparut)
2 sudu besar Sos Ikan (Nampla)
1 sudu besar Gula Melaka (diparut halus)
1 biji Jus limau Nipis


Cara-cara penyediaan Sotong Sumbat:
Kisarkan udang, bawang putih, kulit limau nipis dan cili merah.
Tambahkan sos ikan, gula melaka dan jus limau.
Sumbatkan kisaran udang ke dalam sotong dan tutupkan hujung sotong dengan lidi.


Bahan-bahan Renehan Santan Thai:
½ cawan Santan Kotak
1 cawan Air
4cm Lengkuas (dihiris kasar)
4cm Halia (dihiris kasar)
3 batang Serai (dititk)
8 helai Daun Llimau Purut
4 sudu besar Sos Ikan
2 sudu besar Gula Melaka
2 biji Jus Limau Nipis
1 tangkai Cili Padi Hijau


Cara-cara penyediaan Renehan Santan Thai:
Campurkan semua bahan renehan santan di dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih.
Apabila sudah mendidih, perlahankan api dan biarkan mereneh selama 15 minit.
Selepas itu, masukkan sotong sumbat dan masak selama 15 minit.
Selepas 15 minit, keluarkan sotong dan potong kepada beberapa hirisan setebal 1cm.

mosaic tuna + ebiko gulungan avocado tuna

Bahan-bahan:
1 ketul Tuna (berukuran 4x1)
1 ketul Tuna (berukuran 3x2)
1 biji Avocado (dipotong dadu)
1 biji Jus Lemon
¼ cawan Wasabi
¼ cawan Ebiko (hitam, kuning, merah dan oren)
2 sudu besar Daun Shisho
½ cawan 'Mayonnaise'
¼ cawan Kicap Jepun
Secukup Rasa Gula


Cara-cara penyediaan:
Lenyekkan avocado dan perasakan dengan jus limau dan gula dan ratakan dengan hirisan tuna.
Kemudian, bahagikan tuna kepada dua bahagian. Salutkan satu bahagian dengan wasabi dan perisakan dengan garam.
Selepas itu, masakkan di atas kuali yang panas sehingga keperangan bagi setiap bahagian. Pastikan tidak terlebih masak. Potongkan kebada 3 bahagian.
Bagi penyediaan baki tuna yang dibahagi dua tadi, perapkan dengan jus lemon, kecap jepun dan gula.
Kemudian, apabila telah menyejat bahan perapan, potong kepada 3 bahagian.
Susun potongan tuna tadi di atas pinggan hidangan dan taburkan ebiko yang berlainan warna di atasnya.
Campurkan 'Mayonnaise' dan wasabi dan perasakan dengan jus lemon dan garam. Susunkan di atas pinggan hidangan tadi.
Hidangkan juga bersama campuran kicap dan jus lemon sebagai sos ponzu.
Sedia untuk dihidangkan.

crme brulee

Bahan-bahan:

1 liter Krim Putar
10 biji Telur Kuning
1 sudu besar Esen Vanila

Cara-cara penyediaan:

Masakkan krim putar bersama esen vanilla sehingga mendidih dan ketepikan.
Menggunakan teknik ‘Whisk’, pukul telur kuning dan gula sehingga sebati.
Semasa masih memukul (whisk) telur, tuangkan sedikit demi sedikit krim yang dimasak tadi.
Masukkan adunan kedalam bekas acuan dan masukkan kedalam ketuhar dan masak pada suhu 150°c selama 30 minit.
Setelah masak, biarkan ia sejuk pada suhu bilik, selama 10 minit.
Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 2 jam.
Setelah itu, keluarkan dan taburkan gula dengan rata di atasnya dan gunakan penunu bagas (blowtorch) untuk membakarnya menjadi gula hangus.
Sedia untuk dihidangkan.

resipi pastri berkrim...

Bahan-bahan Pastri:
200gm Susu
8gm Mentega (dipotong kepada ukuran kecil)
140gm Tepung (diayak)
5 biji Telur
2 sudu teh Gula
½ sudu teh Garam

Bahan-bahan Krim:
500gm Susu
30gm Mentega
100gm Gula
100gm Kuning Telur
40gm Tepung
½ sudu teh Estrak Vanilla


Cara-cara penyediaan Pastri:
Dengan menggunakan mangkuk, pukul telur sehingga kembang.
Selepas itu, masukkan susu, mentega, gula dan garam ke dalam periuk dan biarkan mendidih. Pastikan mendidih dengan cepat supaya mentega akan sebati bersama susu dan bukan hanya berada dipermukaan atas sahaja.
Apabila susu mula mendidih dan mentega cair sepenuhnya, campurkan ke semua tepung dan kacau adunan tersebut dengan cepat.
Kacau sehingga dasar periuk diliputi dengan lapisan putih. Apabila adunan pati akan menggeluap akan mudah terasing dari bahagian sisi periuk.
Kemudian, masukkan doh yang panas itu kedalam mangkuk dan masukkan pula telur sikit demi sedikit. Pastikan telur tersebut dipukul sehingga sebati sebelum memasukkan telur yang lain.
Doh tersebut akan siap apabila kelihatan adunan tersebut nampak licin.
Selepas itu, masukkan adunan tersebut ke dalam beg pastri (piping bag) dan paipkan keluar kepada bentuk bulat dengan ukuran 4cm dalam diameter di atas kertas pembakar (baking paper).
Setelah selesai, panaskan ketuhar kepada 200C dan bakar selama 30 minit.
Apabila pastri tersebut bertukar kepada keperangan, perlahankan suhu ketuhar kepada 170C dan tambahkan masa masakkan selama 20 minit. Pastikan pintu ketuhar tidak dibuka semasa proses tersebut supaya pastri tidak jatuh.
Pastri yang baik adalah apabila keperangan dan rangup di luar manakala lembut di bahagian dalam.


Cara-cara penyediaan Krim:
Adunkan kuning telur bersama ¾ daripda gula kedalam mangkuk sehingga kembang. Dengan perlahan-perlahan, tambahkan tepung dan gaulkan sehingga rata.
Di dalam periuk, masukkan ¼ gula bersama mentega dan susu. Gaul sehingga mendidih.
Tuangkan setengah daripada susu kedalam campuran telur dan gaul sehingga rata dan masukkan campuran tersebut ke dalam periuk.
Biarkan masak dan gaulkan bahan tersebut sehingga mendidih dan pekat.
Apabila krim kastard telah menggeledak, tutupkan api dan masukkan estrak vanilla.
Kemudian, tuangkan krim pastri kedalam kuali pembakar supaya sejuk dengan cepat. Krim pastri sepatutnya pekat dan berkilat. Sebelum menggunakan krim pastri tersebut, gaulkan supaya lembut.

BESTNYER...

alhamdullilah dapat msok ke smvkk.......bestnyer.....amin...:))

Monday, 21 November 2011

yes!!!malaysia menang!!!!!!!!!!!!!!!!

malaysia korng team terbaik.......alhamdulilah.....nasib baik de penalty...kalo x,xtau nak ckap r..:p....indonesia main mcm main bdak tadika.....main tipu.....daam (INDONESIAL)opppss!!!!huhuhu
:p

Sunday, 13 November 2011

resipi deviled eggs!!!chef jo

Bahan-Bahan:

1 dozen of eggs
½ tbsp of garlic salt powder
3 tbsp of sweet relish
5 tbsp of mayonnaise
4 tbsp of yellow mustard
2 tbsp of paprika (for garnish)

Cara:
First, boil the eggs. When it's cooked, remove the shells. Cut the eggs in half, set aside the yolk.

In a separate bowl, add all the yolks together and mash it until smooth. Add he mustard, mayonnaise and sweet relish and stir until even.

Place the halved eggs on a large plate. Scoop the yolks using a spoon and put it in the hollowed areas out of the egg whites. Garnish with paprika. Keep it in the refrigerator for an hour before serving.

Cadangan Hidangan:
Refrigerate before serving.

resipi kek coklat hummmm!!!

Bahan-Bahan:

Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 cawan minyak

Bahan B
1 cawan serbuk koko
1 cawan tepung
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
3 biji telur

Cara:
1.pukul telur hingga kembang secara berasingan
2. masak bahan A dalam periuk sehingga gula hancur.
3. sementara itu, ayak bahan B bagi mengelakkan kek dari berketul.
4. masukkan bahan A ke dalam adunan tepung tadi. Kacau hingga rata.
5. masukkan telur ke dalam adunan. Kacau rata.
6. panaskan kukusan, masukkan adunan ke dalam loyang, dan kukus selama 1 jam.

Cadangan Hidangan:
Boleh dihidangkan dengan ganache dan taburan coklat urai.

resipi Pasta ala Fusion

Pasta ala Fusion <3

Bahan-Bahan:
1 paket macaroni / spiral
150 gram daging / ayam (cincang)
2 sudu makan minyak masak / olive oil
1 biji bawang besar (cincang)
5 ulas bawang putih (cincang)
1 tin kecil tomato puree
3 sudu makan tomato sauce
½ cawan mix vege
½ cawan button mushroom (jika suka)
1 sudu teh oregano
1 sudu teh basil
1 sudu teh parsley

Cara:
1. Tumis bawang besar & bwg putih dalam minyak masak / olive oil
2. Masukkan daging/ ayam yang telah dicincang.
3. Setelah daging tadi masak, masukkan tomato puree & tomato sauce.
4. Masukkan mix vege & button mushroom.
5. Masukkan pasta dan gaul hingga rata.
6. Taburkan oregano, basil dan parsley dan gaul hingga rata.
Cadangan Hidangan:
untuk lebih sedap, taburkan parmesan cheese atau daun bawang & daun sup diatas hidangan.

Tambahan:
sesuai utk piknik,jamuan kelas!!!!

selamat mencubaaaaaa!<3